I'm just Growth

Bila umat Islam mahu sedar?...Susah sangat ke nak bantu saudara sesama Islam? Padahal, petanda dunia akhir zaman jelas kelihatan...AYUH, BANGKITLAH

Monday 25 June 2012

‎ KELANTAN DARUL MISKIN




- Walaupn miskin di mata dunia, tapi di situ la saya di besarkan dan berjaya seperti sekarang -

Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang.

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu.

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains.

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba.

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa.

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama.

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari.

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah.

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan.

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan.

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami.

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan.

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan.

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan.

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mula mengenal Tuhan.

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal.

Di negeri miskin itulah juga,
Tuanku Sultan bertitah "Daulat Tuanku" di laungkan sebagai "Allahuakhbar".